Lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke
Taman Tema Yangrenjie di sini keliru
dengan sebuah lampu isyarat di simpang
empat lokasi tersebut. Fasiliti tersebut yang
memiliki 14 buah lampu dipasang di taman
tema berkenaan sejak Mei tahun lalu. Lebih
mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan
dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza
pada sesuatu masa. Namun, seorang
pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat
tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan
seni ekoran jalan ke simpang empat taman
tema itu kelihatan kosong.
Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga
kelihatan sangat cantik apabila berkelipan
pada waktu malam, Katanya lagi, para
pemandu sepatutnya tidak mempedulikan
lampu isyarat itu. Hiasan seni itu dikenali
dalam kalangan penduduk tempatan sebagai
lampu isyarat paling mengelirukan di dunia
Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak
berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke
taman tema tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar