Kamis, 03 Oktober 2013

1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak
membentuk sehinggalah bayi berusia
6 bulan
2# Bayi tiada air mata. Mereka
menangis dan menjerit tetapi air
mata sebenar tidak wujud
sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3# Mereka mempunyai lebih tulang.
Orang dewasa mempunyai 206 dan
bayi pula 300 tulang. Kebanyakan
dari tulang tersebut bercantum
semasa bayi membesar.
4# Empat dari 10 bayi mempunyai
tanda lahir.
5# Bayi mempunyai deria bau yang
kuat. Boleh mengenali bau badan ibu
sebaik dilahirkan.
6# Penglihatan bayi kabur sebaik
sahaja dilahirkan.
7# Rambut bayi yang tumbuh semasa
dalam rahim ibu akan gugur
beransur ansur dan digantikan
sepenuhnya oleh rambut baru
apabila berusia 6 bulan.
8# Bayi baru lahir secara genetiknya
mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-bunyian
dan boleh mengenali suara ibu serta
merta semasa dilahirkan
9# Deria rasa bayi masih tidak
terbentuk sepenuhnya semasa lahir.
Tidak boleh membezakan rasa
seperti manis atau masin dengan
baik.
10# Jantung bayi baru lahir
berdenyut diantara 120-160 degupan
seminit berbanding dengan degupan
jantung orang dewasa iaitu 60-80
seminit.
11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu
30-50 nafas seminit berbanding
dengan orang dewasa 16-20 nafas
seminit.
12# Berat bayi bertambah 2 kali
ganda dari berat semasa lahir pada
usia 6 bulan.
13# Mendengarkan music klasikal
menambah kepintaran bayi.
14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam
sehari.
15# Bayi cuma mempunyai satu
lapisan kulit sebab itulah ia akan
alah dan kemerahan dengan senang
kepada losyen wangi, sentuhan kasar,
gigitan serangga dan sebagainya.
16# Bayi mempunyai kebolehan
menyelam sebaik dilahirkan tetapi
kebolehan tersebut akan hilang
dengan cepatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar