Di bawah ini dibentangkan empat cara untuk memiliki kepintaran:
1. TAMBAH ILMU
: Hendaklah menambah ilmu pengetahuan meliputi supaya dapat memiliki fikiran yang universal. Ilmu agama hendaklah dipelajari dan difahami terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan ilmu membina semangat, ekonomi, perubatan, pertanian, psikologi dan apa saja ilmu yg diperbolehkan untuk menuntutnya.
2. HAPUS MAZMUMAH
:Hendaklah berusaha menghapuskan sifat-sifat mazmumah kerana sifat mazmumah adalah penyakit yg mengakibatkan hati jadi kotor dan fikiran menjadi lemah daripada memikirkan perkara-perkara yang hak. Sifat mazmunah, khususnya ego, jika tidak dibuati menjadikan seseorang itu berfikiran tertutup, tidak mahu menerima pembaharuan, tidak sedar diri lemah dan sentiasa merasa dirinya lengkap dan sempurna. Bahkan orang yang ego hanya memikirkan untuk kepentingan diri sahaja, memikir untuk melepaskan kepuasan diri tanpa memikirkan untuk memberi kepuasan kepada orang lain.
Seterusnya bila hati kotor dengan mazmumah, ia menyekat ilham-ilham Tuhan dan ilmu-ilmu laduni dan akan melantunk keluar apabila kena pada hatinya, lalu fikiran pun lemah kerana tidak dapat diisi dengan ilmu yang baru.
Orang yang kuat sifat mazmumahnya sentiasa mementingkan diri dan tidak mengutamakan orang lain. Oleh itu, wanita dungu atau bodoh sentiasa mencari kepuasan diri , tanpa memikirkan untuk memberi layanan kepuasan orang lain (suami). sedangkan lelaki yang pintar ia memerlkan dua kepuasan; kepuasan layanan seks dan kepuasan untuk berfikir.
3. BERANI HADAPI CABARAN
: Untuk membina diri menjadi wanita pintar, hendaklah sentiasa berani berhadapan dengan cabaran hidup. Akal akan bertambah pintar apabila selalu berhadapan dengan cabaran hidup, selalu faham dan cekap mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah yang pernah ia alami, jiwanya menjadi kuat dan tabah serta matang.
Wanita yang tidak pernah hadapi cabaran dalam hidup atau mudah kalah, ia menjadi manusia yang mudah gelabah(panic). Sentiasa megarah dan mengajak suami membantu kerja-kerjanya atau sentiasa mengadu masalah peribadinya yang kecil-kecil. Lalu jadilah suaminya sebagai pelayan, setiap masa melayan karenahnya yang remeh-remeh, sehingga suami menjadi lemas dan tidak selesa hidup dalam rumah. Lalu keluar mencari hiburan dan kepuasan di luar rumah.
4. BANYAK BERGAUL
: Perbanyakkan bergaul dengan sahabat-sahabat yg pintar kerana mereka akan membantu dan membawa fikiran kita menjelajah ke seluruh alam. Sahabat-sahabat yang dungu akan mengecilkan fikiran kita kepada memikirkan alam sekelilingnya sahaja. Ibarat seseorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi akan terlekat wanginya dan seorang yang bersahabat dengan penjual ikan akan terlekat pula bau hanyir ikan padanya. Ertinya pengaruh seseorang sahabat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada seseorang ke arah pembentukan peribadi, fikiran dan jiwanya.
5. TAMBAH IMAN DAN TAQWA
: Harus diingat, pintar saja tidak cukup. Ia kena dibantu dengan iman dan taqwa. Kepintaran tanpa iman dan taqwa amat berbahaya, kerana ia akan menjerumuskan seseorang wanita ke lembah maksiat. Kerana waniat pintar pandai bergaul dan berhadapan dengan pelbagai golongan. Jika tanpa benteng pertahanan iman dan taqwa, ia mudah terjerumus kelembah maksiat. Apabila tiada iman, maka hawa nafsu dan syaitanlah yang akan menunggang kepintarannya. Maka berlakulah skandal-skandal seks yang mengakibatkan porak perandanya dunia sepertimana yang berlaku di barat.
Kepintaran yang dipandu dengan iman pula dapat melahirkan peribadi-peribadi wanita hebat seperti wanita-wanita zaman salafus soleh. Wanita-wanita zaman salafussoleh bukan saja mampu melayani suami dengan baik, tetapi juga dapat membantu memperkuat perjuangan suami bagai singa di medan jihad.
Wanita beriman dan taqwa amat disenangi suami, kerana ia sentiasa berusaha dan mecari jalan untuk mencari pahal, keredhaan suami dan keredhaan ALLAH SWT. Oleh itu, bila berhadapan dengan suaminya ia sentiasa mencari kesempatan dan peluang untuk menambah pahala, samada ia sendiri yang melakukannya atau menunai kehendak suami serta melayan setiap bentuk mood dan kehendak suami.
Wanita golongan inilah yang menjadi idaman setiap lelaki kerana ia menguntungkan peribadi dan perjuangan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar